an imperfect lion prince

hmmm...


dengan tajuk di atas macam ni
aku pun nk membebel
membebel tak tentu arah...

aku gelarkan diri aku sebagai

AN IMPERFECT LION PRINCE


Aku sentiasa terkejar - kejar sana sini.
hidup aku bukan sempurna.
cinta aku pun bukan sempurna.
tapi dalam hati masih ada kotak yang menyimpan berjuta cinta untuk si dia.

si dia yang aku masih cintai
si dia yang masih aku sayangi
si dia yang setia menantiku
si dia yang sabar dengan sifatku

aku cuba menjadi the lion king
yang adil dan penuh kasih sayang
aku cuba jadi prince charming
yang romantik dan kuat
aku cuba jadi arjuna
yang melindungi dan mempertahankan cinta

tapi... ermmm...
masalahnya adakah aku ni macam apa yang si dia impikan dari aku?

aku sayang dia
aku cintai dia
aku pegang dia

tapi aku tak dapat tunjukkan yang terbaik

ada orang kata aku sudah bosan dengan dia
TIDAK SAMA SEKALI
cukup la apa yang mereka cakapkan.
mereka hanya tahu berkata-kata
tapi tak nampak cinta yang terpahat dalam hati
hati yang sentiasa mendambakan hati seorang arjuna
jasad yang sentiasa mendambakan jasad seperti seorang prince charming
dan cinta yang mendambakan cinta seperti romeo.

maafkan aku jika...
buanglah perkataan jika tu.
maafkan aku kerana sepanjang ukhwah kita
kamu tidak mengecapi kebahagiaan.
keinginan untuk bahagia seperi insan lain.
kamu inginkan senyuman
namun airmata yang sering kamu tumpahkan.
kerana aku, kan?
aku pohon kemaafan. berjuta kemaafan.

bukan kesempatan atau ruang kedua yang aku inginkan.
bukan aku ingin taburkan seribu janji dan harapan.

aku tahu kamu rindui aku... 
aku juga begitu..
kamu sering ingin mengubat rindu...
tapi sering dibalas pilu...

seriously, betapa tidak sempurnanya aku...
walaupun tulus hatiku
walaupun jujur niatku
aku tak pasti tinggi atau tidak kesabaranku...

aku betul-betul keliru di saat ini.
aku mencintaimu.
namun mampukah aku membahagiakanmu?
mampukah kamu bahagia denganku?
walau putus tali disambung lagi...
cinta yang dulu sering bersemi
dan tidak berganti - ganti...
kamu impikan bahagia yang abadi
bahagia yang abadi bersama aku...

aku betul-betul keliru di saat ini.
seriously, takkan ada cinta lain JIKALAU cinta kita setakat di tengah jalan saja.
namun hanya Tuhan yang menentukan suratan takdir 
serta jodoh pertemuan.

aku mohon kepadamu.
maafkan diriku yang tidak sempurna
maafkan diriku yang sering menggantung dirimu
jika kamu tidak mengecapi walau sekelumit bahagia dari aku.
aku rela undur diri.
namun aku masih menyintaimu.
tetap.
tidak akan berubah.

namun, andaikata suatu hari nanti
mimpi ngeri berlaku lagi
izinkan aku pergi
pergi membawa hati yang hina ini
bersama berjuta kenangan dan memori yang abadi.
izinkan aku pergi selamanya...

ku mahu kamu tahu
BAHAWA AKU MASIH MENYINTAIMU


~an imperfect lion prince~



Mekacih baca... kalo rajin, comment la ye - tuan tanah kedaung-

2 comments:

Anonymous said...

layann...=) singgah and follow u..=)

Miss Butterfly said...

jiwang..! bertuah orang tu. :)

masterpiece akuh...

masterpiece akuh...
novel rekaan aku...